Monday, June 14, 2010

HaWa: aurat ataw Bukan??????????





Mazhab Shafie yang menjadi ikutan majoriti umat Islam negara kita meletakkan bahawa suara wanita, muka dan tangannya adalah bukan aurat.

Baru-baru ini isu niqab (cadur) timbul apabila Sheikhul Azhar Sheikh Muhammad Tantawi meminta para siswi Al-Azhar agar melepaskan niqab. Walaupun ada pandangan mazhab lain mengatakan suara dan seluruh badan wanita adalah aurat namun yang jelas Mazhab Shafie yang menjadi ikutan majoriti umat Islam negara kita meletakkan bahawa suara wanita, muka dan tangannya adalah bukan aurat.

Dan yang jelas lagi, tidak ada dalil Al-Quran serta hadis mengatakan bahawa suara dan muka wanita serta tangannya itu aurat sebagaimana sangkaan sesetengah pihak. Apakah mereka sedar bahawa Allah S.W.T membenarkan para sahabat berkomunikasi dan bercakap-cakap dengan mereka (isteri Nabi) di sebalik tirai sebagaimana firman-Nya yang bermaksud:

Bertanyalah kepada mereka dari belakang tabir yang demikian itu lebih bersih bagi hati kamu dan mereka juga.
(Al-Ahzab: 32 dan 53)

Dalam suatu hadis, Rasulullah SAW bersabda bermaksud:

"Apabila seorang gadis itu dewasa (sampai umur), maka tidak halal badannya terdedah selain muka dan tangannya sahaja."

Hakikat ini menggambarkan sebagaimana apa yang berlaku terhadap Asma binti Abu Bakar apabila Asma datang berjumpa Nabi SAW dengan pakaian jarang dan nipis. Baginda berpaling daripadanya lalu bersabda yang bermaksud:

Wahai Asma, seorang wanita apabila sudah baligh, tidak elok lagi badan (tubuhnya) kelihatan selain muka dan tangannya sahaja.
(Riwayat Abu Daud)



Demikian juga kaum wanita itu disuruh melabuhkan (tutupkan) atas lubang tengkuknya sahaja bukan bermaksud tutup atas muka mereka. Kata Syaikh Yusuf al-Qardawi, pendapat Ibnu Abbas lebih kuat dan masyhur pada pandangan jumhur (kebanyakan) ulama, kerana katanya, banyak ayat dan hadis yang mengarahkan kaum lelaki daripada umat Islam menyekat atau menutup pandangan mata mereka, sama juga dengan kaum wanita disuruh merendahkan pandangan mata mereka.

Jika muka dan aurat wanita sudah tertutup kemas di depan mereka maka pastilah arahan tersebut menjadi sia-sia dan percuma tanpa sebarang makna dan tujuan. Pada prinsipnya suara, muka dan tangan wanita bukanlah termasuk aurat. Sekiranya perkara tersebut memang merupakan aurat, maka sukarlah bagi kaum wanita dan tentunya taklif atau beban syariat yang dikenakan kepada mereka bersifat usr iaitu sangat sukar.

Ini bercanggah dengan prinsip agama Islam bahawa Ad-Dinu Yusr, iaitu agama itu mudah, sedangkan kaum wanita juga merupakan 'makhluk sosial' yang berhajat untuk berkomunikasi dengan sesama insan. Allah SWT berfirman yang bermaksud:

Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki ajnabi) kerana yang demikian menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik(sesuai dan sopan).
(Surah al-Ahzab: 32)

Allah tidak melarang mereka secara mutlak untuk bercakap dengan kaum lelaki bahkan membolehkan, selama tidak mendatangkan fitnah bagi dirinya dan bagi kaum lelaki itu. Allah melarang kaum wanita untuk melembutkan suara dan mendedah kecantikan mereka semasa bercakap dengan kaum lelaki supaya mereka tidak tergoda ataupun tergugat keimanannya dan menimbulkan berahinya.

Dengan demikian, pada prinsip suara, muka dan tangan wanita bukanlah aurat yang dilarang untuk dilihat atau didengarkan. Dahulu para sahabat daripada golongan lelaki dan wanita sering bertanya (berdialog) kepada Rasulullah SAW tentang masalah-masalah hukum-hakam dalam agama dan didengar oleh kaum lelaki dan wanita yang hadir daripada sahabat-sahabat baginda. Bahkan sering pula mereka berdialog dengan para sahabat dan sebaliknya sebagaimana di saat ada seorang wanita yang mengkritik Umar r.a. tentang perkara mas kahwin.

Rasulullah SAW pernah didatangi seorang wanita yang menawarkan dirinya untuk dikahwini oleh Rasulullah SAW dan membiarkan Rasulullah memerhatikan dirinya dari atas ke bawah, tetapi setelah tidak ada sambutan yang memberangsangkan, maka dia pun terus duduk di situ, lalu berkatalah salah seorang daripada kalangan sahabat: "Kahwinkanlah wanita ini dengan saya".

Maka Rasulullah SAW terus mengahwinkan wanita tersebut dengan lelaki yang berminat kepadanya itu.

Ini semua bukti melihat kepada muka wanita itu adalah harus dan bukan aurat. Menurut Al-Qurtubi, suara wanita di saat berkata-kata bukanlah termasuk aurat, lelaki dibolehkan bercakap-cakap atau berdialog dengan wanita kerana ada hajat. Demikian juga sebaliknya mereka dibolehkan membuka muka dan tangannya kerana tujuan tertentu tetapi wanita tidak dibolehkan memerdukan, melembutkan atau mengindahkan suaranya ketika bercakap dengan lelaki.

Ia kerana perkara demikian boleh menimbulkan berahinya dan juga membuat ia tergoda dan suka. Dengan demikian sangat dianjurkan bagi kaum wanita untuk tidak berdialog dengan kaum lelaki yang bukan mahramnya. Dalam ketentuan syariah yang lebih berhati-hati (warak), dimakruhkan kepada kaum wanita untuk meninggikan suara dalam membaca al-Quran, demikian pula tidak disyariatkan 'azan' kecuali untuk jemaah wanita sahaja.

Di dalam syariat fikah, apabila seorang wanita ingin menegur kesilapan yang dilakukan oleh imam di dalam solat berjemaah, maka ia tidak boleh menegur dengan membaca 'tasbih' sebagaimana yang dilakukan oleh lelaki, tetapi cukup dengan menepuk tangannya sahaja sebagaimana yang disebutkan di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim.

Demikian pula wanita tidak disyariatkan untuk membaca bacaan-bacaan dalam sembahyang dengan bacaan yang nyaring pada sembahyang Maghrib, Isyak dan Subuh sebagaimana yang disyariatkan bagi kaum lelaki sewaktu melakukan sembahyang sendirian. Semua ini menunjukkan bahawa wanita mesti menjaga dan berhati-hati terhadap fitnah yang boleh disebabkan oleh suara dan perhiasan mereka, bukan bermakna suaranya dan perhiasan yang zahir merupakan aurat.

Di antara yang menggoda lelaki adalah derai tawa (ketawa) seorang wanita di depan mereka, apalagi jenis ketawa yang memberahikan. Demikian pula senyuman diiringi dengan ketawa kecil yang seksi lagi menggoda, inilah yang sangat dilarang oleh agama kerana untuk menjaga harga diri wanita dan juga mencegah daripada timbulnya fitnah. Sama juga membunyikan perhiasan yang tersembunyi di kakinya.

Jika perkara tersebut dikatakan aurat, kenapa Rasulullah SAW sendiri pernah mengizinkan isteri baginda melihat pertunjukan dua orang lelaki Habsyi bermain pedang di pekarangan masjid dan mendengar dua wanita bernyanyi di rumahnya.

Ini berdasarkan hadis riwayat Bukhari dan Muslim, daripada Aisyah r.a, katanya, Pada suatu hari Rasulullah SAW masuk ke tempatku. Ketika itu di sampingku ada dua orang gadis yang sedang mendendangkan nyanyian tentang hari Bu'ats. Ku lihat Rasulullah SAW berbaring tetapi dengan memalingkan mukanya. Pada saat itulah Abu Bakar masuk dan ia marah kepadaku.

Katanya, "Di tempat rumah Nabi ada seruling syaitan?''

Mendengar seruan itu, Nabi SAW menghadapkan muka baginda kepada Abu Bakar dan berkata:

"Biarkanlah kedua-duanya, wahai Abu Bakar".

Dalam satu peristiwa lain, Rasulullah SAW mendengar nyanyian seorang wanita yang bernazar untuk memukul rebana dan bernyanyi di hadapan Rasulullah SAW. Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Tarmizi, daripada Buraidah, menyebut:

Suatu hari Rasulullah SAW pergi untuk menghadapi suatu peperangan. Setelah baginda pulang dari medan perang, datanglah seorang wanita kulit hitam lalu berkata,

"Ya Rasulullah, aku telah bernazar, iaitu kalau tuan dipulangkan Allah dengan selamat, aku akan menabuh rebana dan bernyanyi di hadapan tuan".

Mendengar hal itu, Rasulullah SAW bersabda:

"Jika demikian nazarmu, maka tabuhlah. Tetapi kalau tidak, maka jangan lakukan".

Kesemua keterangan tersebut menunjukkan bahawa suara wanita dan perhiasan yang zahir daripadanya bukan aurat. Rasulullah SAW juga secara praktikal pernah berbicara dengan kaum wanita seperti mana ketika menerima bai'at daripada kaum ibu sebelum dan sesudah hijrah. Bahkan dari segi syarak, baginda tidak pernah menghalang kaum wanita untuk melaksanakan urusan jual beli, menyampaikan ceramah, mengaji al-Quran, membaca qasidah atau syair.

Jika suara wanita itu dianggap aurat, sudah tentu dari segi hukum syarak dianggap haram.
Keterangan ayat al-Quran dan hadis, ditambah dengan kisah-kisah yang dapat dijadikan teladan pada zaman Rasulullah SAW dahulu seharusnya membuka mata fikir kita untuk tidak terus 'menzalimi dan menghukumi' wanita secara sewenang-wenangnya.


p/s: sumber nie dicopi dr pjoy...... sekian

Mengapa pnjara Pudu ditutup???????????????

Berlaku di Penjara Pudu Kuala Lumpur
di suatu ketika dulu. Hanya
boleh disebarkan pada orang2
tertentu sahaja...

Sebelum Penjara Pudu ditutup dulu
pernah diceritakan bahawa terdapat
satu bilik dipanggil "Bilik
Terakhir". Dibilik inilah seringnya
berlaku kejadian pelik sejak Penjara
Pudu ditutup.

Dinamakan "BILIK
TERAKHIR " adalah kerana dulu ia
merupakan bilik kediaman terakhir
bagi si pesalah jenayah berat
sebelum menjalani hukuman gantung
sampai
mati pada keesokan harinya dibilik
gantung.

Di BILIK TERAKHIR inilah pesalah
dikatakan akan meratap,menangis,
menjerit, bercakap seorang diri dan
berbagai lagi perlakuan kerana
menyesali kesalahan mereka yang
lalu. Mereka menjadi begitu kerana
dikatakan tidak kuat semangat
menghadapi maut keesokan harinya yang
telah diketahui mereka.

Menurut kata
warden-warden yang masih ada di
Penjara Pudu sewaktu proses
pengosongan Penjara Pudu dijalankan,
mereka sering terdengar suara-suara
sayu meminta tolong, suara orang
menangis dan bermacam-macam lagi
dari Bilik Terakhir tesebut.

Tak kurang juga ada diantara warden yang
terlihat seekor kambing hitam
sering masuk menembusi pintu bilik
itu tanpa dibuka dan kemudian tidak
pula kelihatan kambing keluar semula.

Ramai bomoh dan pawang yang
dipanggil bagi memulihkan bilik
tersebut
mengatakan bahawa suara-suara yang
sering kedengaran diwaktu malam
dari Bilik Terakhir itu adalah
akibat roh-roh pesalah yang mati ditali
gantung tersebut tidak tenteram
kerana mati mereka ditali gantung.

Nak dijadikan cerita pada suatu
malam Jumaat ketika hujan
renyai-renyai seorang warden telah
ditugaskan mengawal kawasan yang
berhampiran dengan "Bilik Terakhir"
itu. Ketika sedang berkawal
kira-kira lebih kurang pukul 01:00
pagi beliau terdengar seperti tapak
kaki sedang berlari-lari berhampiran
bilik tersebut.

Ia cuba beranikan diri untuk untuk
melihat apakah bendanya itu.Sedang
ia mengamat-amati maka terlihatlah
dalam kesamaran seekor kambing
hitam sedang menuju kearah Bilik
Terakhir itu lalu lesap begitu saja.
Ia berasa harian bagaimana seekor
kambing boleh ada dikawasan itu?
Oleh kerana ingin tahu ia beranikan
juga diri menghampiri Bilik
Terakhir itu.

Alangkah terperanjatnya mendapati
pintu bilik itu telah bertukar
menjadi pintu gua. Mulalah ia berasa
gementar, seram serta menggigil
ketakutan namun diberanikan juga
diri memasuki pintu gua yang
samar-samar itu sambil meninjau-
ninjau didalamnya jika terlihat akan
kambing tadi. Apabila apabila sampai
je kedalam gua tersebut alangkah
terperanjatnya ia bila didapati
banyak harta karun dalamnya. Ia cuba
mengambil harta itu tetapi tiba-tiba
hilang dari pandangan lalu
menjelmalah satu lembaga yang
mengerikan seraya berkata,




"Heyyyyyy manusiaaa. Jangan awak
sentuh harta itu. Hartaaaa itu bukan
kauuu yang punyaaaa " " Ahmaaaaaad
Albab yang punyaaaaaa " Ha Ha Ha Ha
Ha " Yaaaaaaa, Ahmaaaaadd Albab yang
punyaaaaaa ... "


udah tuuuuuuuuu.. ...... peeee buat keja........ ......... .....


Tahniah kerana minat membaca.


p/s: story di atas diambil dr sumber pjoy... sekian......





Friday, June 11, 2010

sudah demam bola!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!






detik 11th jun 2010, bermla lah sepakan FIFA WC2010 yg akn berlangsung di South Africa....... seluruh dunia akan menonton perlawanan yg plg berprestij pd taun nie.... saya sarankan kalo nk tgok bola, boleh, tp solat jgn kita lupa..... papepown majulah sukan utk kesihatan kita.... ha3



nie la bola yg akn digunakan pd temasya FIFA WC2010 South Africa....... Bola nie diberi nma JABULANI.... nama JABULANI sbnaqnya shortform dr perkataan nie (jambu laa ang nie) hak33




nie laa trophy FIFA WC............................







SENARAI NAMA2 BNDAR YG MENJADI TMPAT PERLAWANAN DLM FIFA WORLD CUP



CITY: CAPE TOWN
POPULATION: 3,497,097




CITY: BLOMFONTEIN
POPULATION: 1, 354,006




CITY: POLOKWANE
POPULATION: 967,804


CITY: PORTH ELIZABETH
POPULATION: 1,244,900

CITY:JOHANNESBURG
POPULATION: 3,888,180




CITY: RUSTERNBERG
POPULATION: 701,367



CITY: NEILSPRUIT
POPULATION: 551,474


CITY: PRETORIA

POPULATION: 2,345,908





CITY: DURBAN
POPULATION: 3,468,086

Friday, June 4, 2010

ألڬريا

Ad apa dgn Ngra ALGERIA???????
k0wunk nk taw ka pew bnda aku nk kata pasal ngra t'sebut...........
k0wunk plak jgn pk psal bnda len plak, bkn aku bnci ngra tuh and bkn aku x suke....
ini pasal WORLD CUP 2010 yg bkal diadakan di Africa Selatan pd 11 jun nnt...
Sbab pa aku kaitkan dgn Algeria??????





jwpan:sudah pasti aku skong negara tue!!!!!!!!!!!!!!!!!! hahahahaha
go Algeria!!! go Algeria!!! u can du it!!!



hope Algeria dpt pgang piala dunia FIFA 2010 di South Africa.....

P/S:nie laaaa peta ngara Algeria yerkkkkk...........

Sekapur $!r€h

Assalamualaikum........................................



BISSMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...... Alhamdulillahi rabbil alamin, wabihi nasta'in, wassolati wassalamu ala asyrafil anbiya i wal mursalin, wa ala alihi wasobbihi ajmain...............................



eh btol ka apa aku wat muqaddimah kt atas nie...... hai, kpd teman2, utk pngetahuan pd kowunk( pndai2 laa ko pkiaq sndili).............. ak bru kt sni.... (bkn bru lhir d dunia nie yerk) aku bru kt blog nie... haha.... aku sbnaqnya bkan taw pown psal berblog-blog nih... pbnda blog nie pown aku x taw........ xpa2, nk cri oxford dictionary laa nnt.....




my real name
MUSTAQIM BIN ISMAIL LATHIFI...juz pggl aku mus x pown muse kew.... hahaha....(pminat setia kump. MUSE) aku
bwu je lpas SPM...... nk taw lbih lnjut, umo aku bwu 18 thun... rsult aku pown ckup2 mkan aje.... trok gak result aku dulu dpt 2c......... huhu, tp xpa, ak bgga dgn rsult aku yg sggh mngancam, mak ak pown bgga abes woooo....... hehe




Ha!! nie la muke aku...... tgh pndang awekz kt apartment tgkat 3 bai..

Aku dilahirkan di atas katil di Bagan Specialist Centre, Butterworth pd 24th August 1992....... skali lg, pd 24th Ogos 1992 yerk.... aku b'zodiak virgo..... ermmmm, aku x taw la sbb pa aku b'zdiak virgo.. ntah x pape... trikh Islam aku pe erk............ huwaaaaa, dh x igt maa... asal la gune trikh masihi skunk nie, nape x gune trikh hjrah, kan lbih sdap ddengar, mata sdap mmndang.. he3... ak dlu skola d SMKTAT.... kowunk taw kew, rsanya x taw kot... nk taw lbih lnjut, SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TELOK AIR TAWAQ.... aku blajo kt sna setaun lbih kot.... sblum trnsfer sana ak skola kt Psir Salak, yg dberi nma skola SARJANA... SEKOLAH MENENGAH RAJA DR NAZRIN SHAH.... Dok sana dr form 1 hgga form 4 saje.... skola SARJANA adlh skola SBP mlik krajaan ngri perak.....

aku skunk nk cntinue my sudy at UNITEN in Foundation of Accaunting 1 year... kire sama mcm matrik laaa....... kowunk nk taw la UNITEN kt mne, not in Kjang but in Muadzam shah, PAHANG wooooo...... mak aihhh, jauh gilerrrrr..... aku dh pi tgok da UNITEN..... cntekk gakk dgn pmndangan bumi ijau d skeliling, cam rsa sedap dok blajaq kt sna erk.... tp ltih nk mmpozzz... p'jalanan nk pi UNITEN dr pnang ke pahang lbh kurg 488 km..... so pas nie mybe jrg laa ak nk on intrnet kew coze t'lalu bz kot.. bab kire2 nie mmg aku minat2 cgt, tu psal aku nk smbung amek akaun.... time2 ak pi muadzam, ak sggh la kt KL.. ap lg minat sggh la mak ak yg suke shopping-mopping.. nseb bek la tok, tok wan, pak ndak ak ikot sama skali sana, x la sunyi aku... time kt KL ari tuh, kami skluarga dok pnat nk mmpozz, mata pown nk offline da nie excptly mak aku laa............ smpe b'shoppg dok 4 jam tp ntah satu brg pown x beli... adush..... kalo bab b'shopping smpe 24 jam pown mak aku x pnat.. wahahahahahahaha


so pe lg erk....... oh, my fvourite food n drink is pizza kot x pown kfc, x pown mcdonald... hahaha, x da lah... aku ske ap yg mak aku msak.. ak bntai abess smpe lcin pggn... minum air msak kot.. ermmm, sume laaa..... (bab2 fvourite food n drink nk pblish gak kew? x pala, biaq owg len taw psal aku nnt)


ermmm, tu je ak punye info2 yg ak leh share kt kowunk sume..... mlaz nk type bnyak2, pnat tgn aku kang... kalo ada slah and silap tlong inform kt ak... dlm fbook, ym, fster pown ad gak.... this my email.... muse_bliss92@yahoo.com... okeyh gua chow dulu.....


Posted by MUSE_SARJANA@SMKTAT at 7:53 AM

Thursday, June 3, 2010

Save GAZA or save PALESTINE!!!!!!!!!!!!!!!














Dunia Palestine tidak pernah sunyi daripada disebut-sebut dari dahulu hinggalah ke saat ini. Lipatan sejarah dan apa yang kelak berlaku di bumi Palestine telahpun dirakamkan oleh Allah SWT di dalam kalam-Nya yang benar lagi membenarkan. Kaum kuffar tidak jemu-jemu melancarkan fitnah terhadap dunia Islam, kononnya umat Islam adalah pengganas. Label pengganas tersebut menjadi lesen bagi mereka untuk menghalalkan darah kaum muslim terutamanya di bumi Palestine di mana kaum muslim telah lama menanggung penderitaan sejak 1948.

Kaum Yahudi tanpa jemu, giat melenyapkan Palestine sebagai bumi umat Islam di peta dunia. Lihatlah dunia hari ini, adakah nama Palestine ditulis di atas atlas-atlas yang dijual di kedai-kedai? Sebaliknya, negara haram Israel tertera di atlas-atlas tersebut. Apa yang menyedihkan, negara pengganas Israel hanyalah sebesar gelang yang mempunyai kepadatan penduduk seramai 7.5 juta orang sahaja. Namun tiada satu negara Arab pun yang menghantar bala tentera mereka untuk mencabut kekuasaan pengganas Israel di bumi suci Palestine. Sebaliknya, menghantar wakil-wakil mereka untuk melakukan antara pemuka-pemuka Islam yang bacul dengan pemuka-pemuka Yahudi yang terang-terang pendusta. Dari dahulu hingga kini, apakah natijah rundingan-rundingan ini?

Natijahnya tidak lebih daripada menghabiskan wang ke sana ke mari, membuang air liur, dan menjadi panggung wayang bagi kaum kuffar sedunia untuk bergelak ketawa melihat gelagat pemuka Islam yang pengecut. Mengapakah masalah ini berlarutan dari tahun 1948 sehingga kini? Masih tidak cukupkah masa untuk mencabut kekuasaan haram itu? Tidak tahukah kalian, wahai pemimpin, Khalifah Mu'tasim Billah hanya mengambil masa beberapa jam untuk menggerakkan bala tentera untuk menyerang kota Rom terkuat setelah seorang mukminah dipersenda oleh lelaki kafir?

Inilah budaya yang diterapkan oleh penjajah imperialis. Mereka sedaya-upaya menerapkan semangat nasionalism. Lihat, semangat nasionalis telah memisahkan tali silaturrahim kita bersama saudara kita di Palestine. Negara-negara Arab hanya mementingkan negara mereka sendiri sahaja. Apatah lagi negara-negara yang dipisahkan dengan ribuan kilometer jauh dari Palestine. Inilah dia semangat nasionalism!

Semangat nasionalism menjadi nadi kehancuran perpaduan kaum muslim! Sungguh, para pejuang nasionalis sudahpun tersesat dengan idea kapitalis yang rosak lagi merosakkan ini. Apa yang lebih menyedihkan lagi, ada juga pihak yang memandang masalah ini hanyalah masalah kaum Arab. Tidak cukup dengan itu, umat Islam di Palestine yang sememangnya terpisah dengan kaum muslim lain di serata dunia, dipisahkan lagi dengan sempadan Gaza dan Tebing Barat. Justeru, ramai pihak memandang bahawa Gaza-lah yang perlu diselamatkan kerana kawasan tersebut dikuasai oleh Hamas. Sungguh, mereka tertipu dengan semangat asobiyyah yang sesat lagi menyesatkan.

Ketahuilah, setiap inci dan penjuru Palestine wajib dibebaskan daripada genggaman Yahudi mahupun pihak berhaluan sekular (Fatah). Tiada hak bagi kaum kafir harbi Yahudi di bumi Palestine walaupun sejengkal! Hanya dengan mengerahkan bala tentera ke kawasan sebesar gelang itu dapat mencabut kekuasaan Yahudi di bumi Palestine dan ia merupakan tanggungjawab pemerintah! Wahai pemerintah yang mempunyai kuasa, apakah jawapan kalian untuk dakwaan-dakwaan umat Islam yang menderita ketika mereka mendakwa kalian di hadapan Allah kelak?! Sesungguhnya bumi Gaza, seluruh Palestine, dan bumi Islam yang lain sedang menunggu pembelaan daripada seorang Khalifah yang merupakan junnah (perisai) kepada ummat!
















p/s: peta negara palestin yg dulu mrangkumi keseluruhan ngara, & skrg kecil & smkin mngecil krna zionisme israel....

Assalamualaikum...........................
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM!!





Oleh : Fatiq Mohezad Mohd Suhaimi.

Segitiga bermuda yang terletak di wilayah lautan samudera Atlantik seluas 1.5 juta mil2 atau 4juta km2 yang membentuk garis segitiga antara wilayah-wilayah teritorial britania raya sebagai titik di sebelah utara, Puerto Rico teritorial Amerika Syarikat titik di sebelah selatan dan Miami negara bahagian Florida Amerika Syarikat sebagai titik di sebelah barat.

Pasti pernah didengar peristiwa-peristiwa aneh di sana yang sering terjadi kapal-kapal hilang sama ada di laut mahupun di udara secara misterius. Ada yang mengatakan segitiga Bermuda itu adalah tempat pangkalan Alien dan UFO. Ada juga mengatakan ia adalah pusat magnet terbesar di dunia. Ada juga yang berpandangan ia merupakan pusat bumi dan terdapat Black Hole yang mampu menyedut apapun yang melintas. Lalu apa pendapat Islam tentang segitiga Bermuda ini?

Ada hadith yg diriwayatkan Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW telah bersabda :
Apabila salah seorang berada ditempat yg terbuka atau ditengah matahari sedang bersinar, lalu bayangan yang meneduhinya bergerau sehingga sebahagian dari dirinya terletak ditempat panas dan sebahagian lagi di tempat sejuk, maka hendaklah dia berdiri atau meninggalkan tempat itu”.
Dikatakan larangan ini karena tempat seperti itu adalah tempat yang paling digemari oleh Syaitan. Jadi apa kaitannya dengan Bermuda?

Alasannya karena Bermuda terletak di perairan Atlantik di pertengahan antara benua Amerika bahagian utara dan Afrika. Secara mudah lokasi ini adalah kawasan pertembungan dua arus panas dari Afrika dan sejuk dari Amerika Utara. Dengan hadith ini maka terjawablah misteri segitiga bermuda. Perkara-perkara aneh yang terjadi itu tentu antara lain disebabkan pertembungan antara udara panas dan sejuk dan istana Syaitan yang mungkin tersembunyi disitu.

Ada sebuah buku yang berjudul “Dajjal akan muncul dari kerajaan jin di segitiga bermuda” Karya Sheikh Muhammad Isa Dawuud dari Mesir, bahawa kawasan Bermuda adalah kawasan Jin dimana dari situlah akan muncul Dajjal. Jika benar dakwaan buku itu, tidak aneh lagi apa yang disabdakan Oleh Nabi SAW itu nyata adanya dan bahkan mendahului zaman sekaligus Nabi SAW membuktikan bahawa Islam memiliki semua jawapan untuk semua pertanyaan.

Menurut Syeikh Imam M. Ma’rifatullah Al-Arsy, segitiga Bermuda merupakan tempat titik terhujung di dunia ini. Di tengah kawasan itu terdapat sebuah telaga yang airnya dapat membuat siapa sahaja yang meminumnya menjadi panjang umur, ditempat itu pula Nabiyullah Khidzir A.S bertahta sebagai penjaga sumber air kehidupan tersebut. Syeikh imam M. Ma'rifatullah berkata kalau penyelamat akhir Zaman Imam Mahdi akan keluar dari Ghaibnya melalui tempat tersebut dengan menggunakan jubah suci berwarna kebiruan.

Lalu apa penyebab hilangnya berbagai macam kapal ditempat itu? Menurut Syaikh Imam M lagi, para iblis dan Syaitan tersebut yang tak bisa mendekati pusat kawasan agung itu, maka mereka pun berjaga di sekelilingnya dan bertujuan untuk menghalangi setiap manusia yang mencoba untuk memasuki kawasan agung itu(segitiga Bermuda). Karena sesungguhnya barangsiapa yang bisa sampai ke tempat titik tengah kawasan segitiga Bermuda, maka dia akan mengetahui kebenaran alam yang sesungguhnya.

Banyak orang-orang zaman dahulu yang telah mencuba ke pusat Segitiga Bermuda dan kebanyakan dari mereka enggan untuk kembali pulang kedunianya. Menurut sebuah artikel kuno, Raja Iskandar Agung pernah mencoba masuk ke kawasan agung itu. Dan sekembalinya mereka mengatakan bahwa tempat itu berpasirkan permata dan berbatukan berlian.Tempat yang dipenuhi dengan kabut putih tebal itu sangat indah untuk dipandang tapi sangat berbahaya untuk didatangi.

PS: ya Allahu’alam… Semua kembali kepada sang pencipta Alam Allah SWT, karena sesungguhnya Allah SWT lah yang paling tahu apa sebenarnya segitiga Bermuda itu.

sumber :

Fatiq Mohezad Mohd Suhaimi
Structural Draughtsman,
Design Department,
New Doha International Airport,
Sinohydro-Gamuda-WCT Joint Venture,
P.O Box 23948, Doha, Qatar.

Wednesday, June 2, 2010

Apa yg best kt TV9 nih......................

Pkul 3 ptg...............
pas lunch, solat, aku dgn serta-merta pi la dok depan tv....
dgn tgkasnya aku m'cpai rmote tv dan mnekan punat 9...
lalu kuarlah cenel 9 dgn mukA yg sgguh eppy gilerrrr mcm nie.....
^________________________^ (w!Nk)
korang nk taw ada pa yg bezt kt tv9.....
nindia................









cite nie ntah... aku lyan jerrrrrrr...
"apa yg penting, KERJASAMA!! apa yg penting, KERJASAMA!!"











p/s:BEZT TAW... kpd sume, cpat2 arr nengokk tv9..
rugi orr x tgok...
sekian