Tuesday, August 23, 2011

Muslim Cukup Syarat

Assalamualaikum.


Kebelakangan ni aku sering dibelenggu dengan persoalan tentang atheism, kekufuran, kemurtadan (betul ke?) dan banyak lagi hal yang berkenaan agama. walaupun ilmu di dada masih lagi tak cukup untuk mengolah hal ini, tetapi aku masih tetap nak cuba. Little did we know yang masalah kemurtadan ini memang sedang berlaku dalam masyarakat kita dan makin membiak membuak melimpah bagaikan menggoreng goreng pisang. Tak payah cerita panjang. Bahkan tak payah sentuh pun macam mana masyarakat Islam kita sekarang ni ramai yang telah/ingin/sedang/bagaikan murtad. Tengok je sekeliling kita. Ok, tak payah kita. Aku. Aku suka menggunakan diri sendiri sebagai contoh/example(?).


Aku bangga untuk menggelar diri aku seorang Islam, malangnya tingkah laku aku sendiri bagaikan orang bukan Islam, secara jujurnya, kesedaran agama aku rendah, mulut sering keluar kata kesat, solat bila dah nak masuk waktu azan. Basically, aku boleh dikatakan "muslim cukup syarat". Wallahualam. Ok, korang baca pasal aku pon dah cukup teruk tetapi dekat tempat aku, kolej aku. Orang macam aku Alhamdulillah ramai, tetapi apa yang menyebabkan aku sedih ialah orang yang lebih teruk dari aku (solat tinggal, tak kira jumaat ka, fardhu ka, sunat wallahualam. Puasa nak tak nak, tak payah cerita panjang, Nak tau lagi banyak meh sini kolej aku) malangnya golongan yang macam gini lebih ramai. If we judge people by group then this is it. Kat sini kita boleh guna pakai hadis daripada Rasulullah S.A.W.(jawab, dapat pahala :). (another standard orang macam aku bila baca je nampak hadis apa pariappa, kompem aku skip, so aku dah simplifykan hadis ni specifically untuk orang macam Aku.)


Dalam satu hadis yang berbentuk futuristik (masa depan), Rasulullah SAW berpesan "Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepad a umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak". Sahabat bertanya "Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah? " "Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu,pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir balik.." Sahabat bertanya lagi. "Mengapa begitu ya Rasullullah? " Rasullullah SAW menjawab, ?Sebab dia jual agamanya dengan nilai dunia".


Ok, aku tipu, aku tak simplifykan sebab ini hadis dan ilmu aku tak cukup lagi nak meng"simplify"kan. Apa yang dapat korang fahamkan dari hadis di atas? kalau tanya korang apa guna kan? sebab aku yang tulis entri ni *facepalm. Ok. Boleh start.


Dari apa yang aku faham, Rasullullah S.A.W. telah bersabda akan datang satu fitnah yang akan menimpa umatnya, iaitu kita yang sangat besar dan tidak boleh dilihat, tetapi dapat dirasakan bagaikan kepingan hitam di malam gelap gelita yang tak dapat dilihat. Dan disambung lagi dengan pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir balik. Iaitu Hipokrit. Lepas tu ditanya pula oleh para sahabat, "mengapa begitu? ya, Rasulullah" Rasulullah menjawab, Sebab mereka menjual agama mereka dengan nilai dunia. Maksudnya ialah dunia diletakkan sebagai nombor 1 di dalam hidup mereka. Apabila dunia nombor 1, akhirat ke manakah?

Pendek cerita, umat sekarang ni kebanyakannya Hipokrit. Hanya sekadar "Muslim cukup syarat". Tetapi malangnya untuk memperbaiki ni bukannya senang macam membuat dosa. Well it is easy. Tapi susah. Nak buat pahala senang. Nak buat dosa lagi senang. Nak solat senang, tapi nak tinggal solat lagi senang. Nak bergaul senang, nak buat maksiat lagi senang. Nak cari duit senang, tapi mencuri lagi senang. What I am trying to say here is that, we need to start making changes, because of Allah.Malaikat.Kitab.Rasulullah.Kiamat.Qada'Qadar. Yes. Rukun Iman, rosak rukun iman rosak lah iman. Begitu juga rukun Islam, Syahadah.Solat.Puasa.Zakat.Haji. hilang salah satu dari 5 ni maka tak sempurnalah seseorang yang bergelar "Islam". Tepuk dada tanya iman. Sampai bila nak qada' solat subuh? Sampai bila nak menipu dalam puasa? Sampai bila nak elak bayar zakat? Sampai bila nak elak dari amal ibadah? Sampai bila nak elak dari golongan pendakwah? Sampai bila?

Sekadar renungan bersama untuk diri aku dan korang.
Tepuk dada tanya iman.
Wallahualam.
Assalamualaikum.

Tuesday, August 9, 2011

Kisah seorang lelaki obesiti....

Ada seorang lelaki obesiti telah menjumpai doktor. Beliau menjumpai dokter tersebut di sebuah klinik di Damansara, tepi The Curve belakang Giant. Depan klinik tu ada longkang penutup besi takdak kena pau dengan mat gian.

Sebelum terlupa nama lelaki itu senang digelar Mat Chan. Sambil jalan terkangkang-kangkang, perlahan dan tak seimbang kerana mahu menarik keluar penisnya yang menusuk ke dalam lemak, Mat Chan akhirnya terpaksa mengusha awek vogue the Curve walau tanpa rasa stimnya.

Lalu Mat Chan memasuki klinik perlahan-lahan tanda penyesalan akan ke'besaran'nya.

"toonn.. toonn."

"toonn.. toonn."

Loceng pintu klinik berbunyi dua kali.

"Kenapa ia berbunyi dua kali?" Tanya Mat Chan kepada awek kaunter klinik yang cun juga, kecil molek, hidung mancung, berwajah putih tetapi gigi kuning.

"Oh, err," gadis itu senyum sumbing, "dia ingat yang masuk dua orang kot hihi." dia senyum tunduk malu-malu.

Selepas gagal mengorat awek kaunter yang berwajah putih, Mat Chan berlalu ke bilik doktor yang berkulit gelap, Dr Manimaram. Dr itu berada di awal 60-an, berbadan kurus dan muka cengkung dan botak macam Pi'e. Walaupun doktor itu langsung tak hensem, tapi sebab dia kurus, Mat Chan jadi cemburu juga dengan orang tua tu.

"Ayyoo incik sikit punya gimmukk, incik sakit apa?" Dr Manimaram senyum ramah.

"Tak ada sakit la dokterr," jawab Mat Chan pelat Tamil ramah, "ttapi ini gimmuk jugaa adaaa laaa.."

"Ni siapa India, awak ka saya?" tanya Dr Manimaram sambil mengambil sesuatu dari dalam lacinya, memecahkan benda kecil itu lalu mengunyahnya. Ianya kuaci.

Cis simpan kuaci dalam laci! Mat Chan merengus. Kemudian dia fikir untuk direct to the point saja memandangkan dokter pun semacam saja. "Saya mahu kurus dokter. Bagaimana?"

"Wokeyy wokeyy, mahu kurus ya," Dr Manimaram tenung Mat Chan, "cer crita, berat incik skarang brapa incik?"

"Seratus doblas kilo."

"Ayyo. okey, okey, paling maksimum berat incik pernah capai berapa?"

"112 lah."

"Ooo yini maksimum laa aiii." Dr Manimaran cuba buat wajah serius, "okey, sebelum jadi gedebab macam ni, berat minimum incik pula berapa. Doktor nak pastikan ubat doktor nanti boleh kasi incik kembali kepada berat minimum incik itu."

Bilik itu sepi untuk tiga empat saat juga apabila Dr Manimaram menunggu Mat Chan mengakses memorinya. Akhirnya....

"Dua kilo setengah." Mat Chan menjawab yakin.

Biar betik!! SS... Safee Sali dilamar kelab Bundesliga, Jerman.


 

wa salute sama lu brader. lepas conquer indon, kita gerak pergi jerman. kalau di pelita jaya dapat basic rm10,000, eh rm plak. USD10k. agak2 level player bundesliga gaji berapa pound? 

buat yg nak rembat SS tu kelab Stuttgart? ...

LOLSS! Antara rekabentuk kereta dicadangkan untuk cegah maksiat.


hahaha... ini keleta manyiaakkk cilakak... olang kita kasi tinted itu cermin kasi gelap, depa kasi cerah satu bijik punya keleta apa pasai? mau tunjuk lu drive sambil bogel ka... hayyaa...














Monday, July 18, 2011

Kwn Saya Bercerita "DR. LO' LO' DALAM KENANGAN..."

Kita hanyalah bilangan hari. Apabila sebahagian bilangan hari itu pergi, sebahagian diri kita juga pergi. Apabila kesemua telah habis pergi, maka berakhirlah riwayat ini.

NONEHidup hanyalah sebuah perjalanan, pasti ada tarikh perhentiannya. Tiada siapa dapat menghalang, walau sehebat mana pun dia merancang.

Dunia hanya ladang untuk menuai bekalan. Dataran menuju ke persada sebenar kehidupan. Dunia ini amat sementara; ada hari datang dan ada pula hari perginya.

Apabila saya menerima berita kematian YB Dr Lo'lo' Mohd Ghazali, perasaan saya menjadi sugul. Saya teringatkan sikap prihatin beliau kepada saya sepanjang saya mengenalinya.

Paling sayu, saya teringat permintaan beliau beberapa minggu lepas ketika saya menziarahi beliau dalam keadaan yang amat uzur. Beliau meminta saya menulis sebuah puisi untuknya. Ternyata saya tidak menunaikan harapan itu sehingga beliau meninggal. Padahal, saya telah sebut 'insyaAllah'.

Hari ini jenazah beliau dikebumikan, malang sekali lagi saya tidak dapat hadir kerana ada viva student di USM.

Namun doa saya untuknya sejak saya mendengar kematiannya. Saya juga harap tulisan ini dapat memberikan manfaat yang lebih dengan saya merayu kepada pembacanya agar berdoa kepada Allah untuk diberikan rahmat dalam keampunan kepada Lo'lo Ghazali, hamba Allah yang telah pulang ke kehidupan yang hakiki.

NONESaya ingin mencoret sedikit mengenai beliau dengan kadar sedikit yang saya kenal. Saya mulakan dengan apa yang Nabi SAW nasihati kita: “Sesiapa dalam kalangan kamu yang terpaksa memuji saudaranya, maka hendaklah dia berkata: 'aku menilainya demikian, Allah jua yang menjadi penilainya yang sebenar, aku tidak akan memuji sesiapa atas nama Allah” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Ya, hanya Allah yang mengetahui hakikat kita. Kita menilai apa yang zahir, Allah jua mengetahui apa yang batin. Mungkin apa yang ada di sisi Allah lebih baik dari apa yang kita sangka dan tahu. Demikian juga sebaliknya.

Peringatan jawatan mufti

Saya bukan terlalu mengenali Dr Lo'lo'. Cuma ada beberapa coretan sekadar yang saya kenal beliau. Saya mula mengenali Dr Lo'lo' sejak sebelum saya menjadi mufti Perlis lagi. Beliau menghadiri beberapa majlis ucapan saya.

NONEKali terakhir seingat saya di UIA, semasa saya berforum. Apabila saya ditawarkan menjadi mufti pada tahun 2006, Dr Lo'lo' menghantar email mengingatkan saya tentang bahaya jawatan tersebut.

Sebagai anak bekas Mufti Perak, beliau menceritakan pengalamannya. Saya masih simpan peringatan itu. Antara yang beliau sebut “Saya juga seorang manusia yang daif tetapi saya ingin berkongsi pengalaman kerana pernah hidup sebagai anak mufti dan berkongsi pahit maungnya serta cabaran seorang mufti bagi kerajaan yang tidak mengamalkan Islam sepenuhnya.

“Banyak kali arwah bapa saya bersungut dan menyatakan kesal kerana nasihat dan pandangannya tidak dipedulikan, keputusan majlis fatwa yang dianggotainya dibuang dalam tong sampah, bagaimana payahnya berhadapan dengan sultan-sultan yang kehidupan mereka dikelilingi dengan pelbagai adat dan kebiasaan yang tidak selaras dengan Islam.

“Itu belum kira kerenah MB, exco-exco dan YB-YB lagi…itu cerita 30 tahun lalu, saya percaya kini cabaran untuk seorang mufti kerajaan adalah lebih hebat lagi. Saya berdoa agar Dr Asri dipandu untuk memilih keputusan yang terbaik dunia dan akhirat”.

Itulah antara kandungan email beliau.

NONELahir dari jiwa yang ikhlas terhadap saya dan naluri yang prihatin terhadap agama. Saya merenung kata-katanya ketika itu. Kali ini apabila saya membaca sekali lagi, saya dapat rasakan indahnya kejujuran yang terkandung dalam nasihat itu.

Ya, sering kali sesuatu lebih bernilai kita rasakan, apabila empunya telah pergi. Semoga menimbang kata-kata nasihatnya itu sebagai himpunan amalan soleh beliau.

Masuk Umno

Apabila saya menjadi mufti Perlis, saya agak terputus dengan beliau. Hanya sekali-sekala beliau bertanya beberapa perkara. Mungkin beliau rasa ketika itu saya rapat dengan pemimpin Umno.

Apabila berhenti dari jawatan mufti, pada hari yang berikutnya saya terus ke United Kongdom. Di UK, saya sempat bertemu dan berhubung baik dengan anak beliau Saudara Fawwaz yang ketika itu tinggal Manchester.

Layanan baik Fawwaz kepada saya dan keluarga ketika melawat dan berceramah di Manchester tidak dapat saya lupakan. Ini menjadikan kembali saya mengingat sikap baik ibunya kepada saya.

NONEApabila pulang ke Malaysia, kemudian berlaku peristiwa saya ditahan JAIS dan ke mahkamah, ramai pemimpin politik dan NGOs yang hadir. Dr Lo'Lo' yang ketika itu uzur juga turut hadir ke mahkamah di Gombak.

Sempat saya bercakap dengan beliau. Saya ingat lagi, beliau kata kepada saya: “Ini ada hikmahnya, ujian dan cabaran, Allah mahu ustaz memimpin rakyat, turut ke medan, bersama-sama mengubah keadaan yang ada”.

Saya diam. Saya akur. Saya tahu beliau jujur. Hati nuraninya yang sayangkan kebaikan dan bencikan kezaliman itu tidak dapat disembunyikan sekalipun di sebalik tubuh yang uzur. Selepas hari itu, agak kerap juga kami bertanya khabar.

Kadang-kala beliau bertanya saya pandangan dalam pelbagai isu agama. Beliau fahami pendirian saya. Beliau saya rasa suka dengan cara apa yang saya faham mengenai beberapa perkara dalam Islam ini.

anwar ibrahim and umnoApabila timbul berita saya akan masuk Umno, Dr Lo'lo' menghubungi saya dengan tegas. Kata beliau:“Janganlah ustaz tambahkan sakit saya dengan berita-berita yang macam ini. Saya pernah teramat kecewa apabila Anwar Ibrahim masuk Umno. Saya harap ustaz tidak mengulangi kesilapan itu. Saya akan amat kecewa jika ustaz membuat tindakan yang sama”.

Cabaran dunia

Saya meminta beliau memberikan masa agar spekulasi itu berakhir lagi dua tiga hari. Beliau terus mengingatkan saya agar jangan tersilap langkah. Keesokannya, barangkali beliau mendengar desus-desas itu makin kuat, maka beliau sms kepada saya dengan tegas, katanya: “mati hidup semula saya tidak akan mempercayai ustaz lagi jika ustaz masuk Umno.

“Apakah ustaz takut kepada cabaran di dunia ini? Atau mengharapkan kedudukan di dunia sehingga sanggup hendak masuk Umno? Jika ustaz tidak mahu masuk PAS pun, janganlah masuk Umno”.

Saya simpati dan rasa bersalah memandang beliau uzur. Saya terus bercakap dengannya dengan memberikan jaminan bahawa apa yang beliau khuatiri itu insyaAllah tidak berlaku. Saya beritahu bahawa pimpinan PAS lain, khusus Ketua Dewan Ulama PAS juga telah bercakap dengan saya dan memberikan nasihat.

young ulama join umno 250610 02Namun, apabila 40 orang ulama muda masuk Umno, Dr Lo'lo sekali lagi berhubung dengan saya dan berkata: “Tergamak ustaz membiarkan sahabat-sahabat ustaz masuk Umno, sedangkan saya ini bersusah payah hendak memastikan mereka yang berpegang dengan manhaj al-Quran dan as-Sunnah masuk ke dalam PAS.

“Jika Tuan Guru Nik Aziz tidak ada nanti, macam manalah perjalanan PAS ini. Ini, ustaz pula biarkan kawan-kawan masuk Umno”.

Saya diam. Ada perkara yang saya tahu yang mungkin beliau tidak tahu. Begitulah sebaliknya. Apa pun, saya amat berterima kasih, sikap beliau yang sentiasa prihatin kepada perkembangan Islam dan masa depan dakwah. Beliau seorang serikandi, seorang mujahidah, seorang yang jujur dengan keyakinannya.

NONESaya tahu, ya kadang-kala apabila saya mengkritik tokoh utama Pakatan Rakyat Dr Lo'lo' kurang selesa. Dia akan sms melahirkan ketidakpuasan hatinya. Kadang-kala bahasanya 'tegas'.

Saya sering tersenyum apabila membaca smsnya. Ya, bukan semua perkara kita dapat sama dan seiya sekata. Namun, yang pasti ia adalah kata-kata yang datang dari seorang yang prihatin.

Namun, beliau lama-lama biasa dengan sikap saya yang memberikan pandangan kepada kedua belah pihak. Sebelum muktamar PAS beliau memohon agar saya mewar-warkan semula artikel lama saya 'Ulama atau professional jadi pemimpin'.

Hamba Allah yang baik

Beliau kata, beliau ingin meminta supaya Harakah menyiarkannya semula. Saya tahu aliran pemikiran yang ingin ramaikan professional dalam kepimpinan PAS.

Apabila saya mendapat berita beliau amat uzur dan berada dalam keadaan kritikal di hospital, saya hubungi Fawwaz. Saya pohon untuk menziarahinya. Saya pergi dengan beberapa orang sahabat, sebahagian mereka ustaz-ustaz.

NONEDr Lo'lo' meminta untuk hanya saya sahaja yang masuk dahulu. MasyaAllah, saya melihat seorang serikandi mujahidah dalam kedaan yang uzur terbaring di katil.

Wajahnya sudah kelihatan bengkak. Pun, begitu masih lagi dengan pakaian muslimahnya. Beliau menangis ketika itu. Dalam celahan itu saya mendengar indahnya kata-kata beliau: “ustaz, saya bimbang saya tidak dapat menjadi hamba Allah yang baik”.

Kata-kata itu menusuk ke dalam jantung saya bagaikan cahaya ruhi yang menyelinap masuk ke dalam urat nadi. Ia adalah kata-kata yang lebih murni dari segala lafaz seni, kata-kata yang lahir dari nurani insani yang mendambakan kasih-sayang Allah.

Kata-kata yang tidak lahir di saat-demikian melainkan dari jiwa yang sentiasa berhubungan cinta dengan Allah. Demikian penilaian saya. Hakikat yang sebenar kembali kepada Allah.

NONEKemudian, sempat beliau berpesan kepada saya untuk terus memberikan pandangan kepada PAS dan beliau bersyukur segala usaha beliau dan sahabat-sahabatnya mula melihatkan hasil dalam PAS.

Beliau meminta saya tuliskan sebuah puisi untuk beliau. Saya berjanji insyaAllah. Nampaknya, puisi itu akan lahir selepas pemergian beliau.

Ustaz sampul

Selepas habis berbicara dengan saya, beliau mengizinkan sahabat-sahabat yang bersama saya masuk. Dalam keuzuran yang amat sangat itu, beliau masih sempat memberikan nasihat.

sitting in a mosqueAntara yang beliau kata; “Maaflah saya ingin sebut, ustaz-ustaz ini jangan asyik fikirkan sampul sahaja. Ramai yang rasa selesa, hanya dok berkuliah dalam masjid, selepas itu seronok dapat sampul duit tapi tidak mengambil tahu apa yang berlaku kepada umat; khususnya anak-anak muda kita kat luar sana”.

Ya, itulah kata-kata beliau. Ia amat benar. Itu penyakit yang menimpa ramai yang memakai gelaran ustaz atau 'pendakwah'.

Pahit yang terpaksa diakui, bukan sedikit yang fikirannya berlegar kepada wang dalam sampul yang akan menjadi habuan selepas kuliah atau ceramah. Bukan salah. Namun, apabila itu dijadikan buruan, maka ramai yang mengelak diri dari arus dan tribulasi perjuangan.

NONEKata-kata Dr Lo'lo' itu terbit dari hati nurani seorang daiyah (pendakwah). Bukan singkat masa beliau menelusuri pengalaman dan perjuangan.

Ya, beliau banyak di medan politik. Sebahagian ijtihad siyasi dan pandangan politiknya mungkin berbeza dengan saya. Namun, saya tetap hormati jasa dan sumbangannya. Zahir pada kehidupan sebagai seorang muslimah dan mujahidah. Berjuang membela keyakinannya mengenai Islam dan keadilan.

Sebagai seorang sahabat dan insan yang masih hidup atas bumi ini, saya hanya mampu berdoa untuknya agar dilimpahi rahmat dan keampunan, kemudian meneruskan perjalanan hidup ini sehingga sampai ke destinasi seperti mana beliau pun telah menamatkannya.

Wednesday, May 25, 2011

Kenapa Ramai 'Like' Status Facebook Anda?


Baru sahaja post status di facebook, tak sampai 10 minit dah berpuluh² 'like' yang anda dapat. Post status lain kali kedua, berpuluh² lagi 'like' yang anda dapat. Post status kali ketiga pun, sama juga,berpuluh² 'like' yang anda dapat.
Itu contoh la.:).

Status di facebook memang mempunyai pelbagai fungsi. Hendak bagitahu perasaan, pendangan, melontar pendapat, cebisan rasa, marah, geram, sengaja tag kawan, menyakat, update hal politik dan pelbagai lagi dengan 1001 sebab yang tak larat aku hendak taip banyak².:)

Kalau sesuatu status itu mendapat 'like' yang banyak (anda tentukan sendiri la berapa kuantiti yang anda rasa banyak tu.:), adakah anda terpikir apakah sebab-sebabnya.?. Tak kira la korang pikir atau tidak, ini aku bagitahu apa yang aku pikir la.:)

1. Status anda ayatnya power.


Ayat dalam status anda, fuhhh... Kalau berada dalam kategori 'ayat power', memang ramai yang like. "Sesungguhnya...bla bla bla.." atau " Seseorang yang bla bla bla".. dan pelbagai lagi. Status ayat power ini, boleh jadi anda pikir sendiri atau anda copy je dari mana² tempat yang anda jumpa, memang ramai akan like.(sebab aku pun akan like klu member² post status dengan ayat power² ni.:)

2. Anda seorang yang cantik/hensem

Kalau anda seorang yang cantik, dagu runcing, pipi gebu, senyuman menawan, bibir mulus, muka bak artis korea,..Anda post apa sahaja kat status FB, konfirm.. memang konfirm berlambak 'like' yang anda dapat.:)
Status 'fuhh', berpuluh like.. Status "letihnya rini" berpuluh like.. status "hari ini makan nasi lauk ikan bilis".. berpuluh like.. Kenapa ramai like.? Sebab anda cantik.:)

Juga boleh la kalau lelaki hensem. Tetapi aku rasa lebih ramai yang like pada status perempuan cantik berbanding lelaki hensem.:)


3. Kawan anda suka klik 'like' 

Kawan anda di FB pelbagai. Ada yang suka komen, ada yang suka like, ada yang suka baca dan macam². Kalau member yang suka like tu, kalau boleh semua status anda dia hendak like. Reply komen pun hendak like. Kalau sekali dua tu normal la. Ini habis semua hendak sapu.ha3


Aku rasa kalau 'like' tu boleh klik banyak kali, mungkin beratus anda dapat like dari kawan korang yang kejanya memang suka klik 'like'.:)

Hint: Ada juga yang like ni kalau berlainan jantina, bermaksud dia suka anda.:)


4. Anda seorang selebriti

Anda dikenali ramai. Bukan sahaja artis, mungkin anda selebriti di tempat kerja anda, mungkin selebriti di sekolah anda, selebriti di universiti anda. Senang cerita anda ini seorang 'selebriti'.




Pun sama, update sahaja apa status, ramailah yang akan like. Kalau selebriti sebenar, jangan cakap la.:)

5. Anda ada kawan yang ramai/sangat ramai.

Contoh:

M ada 500 orang kawan dalam FB
N ada 5000 orang kawan dalam FB.
Katakan, 1% dari kawan yang ada akan like status.

M akan dapat 5 'like'
N akan dapat 50 'like'

Impression status di feed juga bertambah. So lebih ramai kawan, kemungkinan dapat 'like' lebih banyak adalah lebih tinggi.:)


BONUS
Bilangan 'like' status anda adalah sentiasa lebih satu. 

Persamaan jumlah like, Y = X + 1

X adalah jumlah kawan² anda yang like status anda.
1 adalah jumlah like yang pasti kerana anda suka like status anda sendiri.:)

(Aku jenis tak suka like status aku sendiri..hehehe..:)


Masih ragu² kenapa bilangan 'like' status facebook korang banyak?.
Atau korang ada sebab lain selain di atas.?:)

Thursday, April 21, 2011

Lelaki haram pakai inai..

Aku taktahu sebenarnya lelaki haram pakai inai. Siyes. Baru2 neh anak2 sedara lelaki aku seme pakai inai. Siap tumbuk inai depan aku lagi. Nak pergi kenduri kahwin. So sajalah berinai. Pengantin lelaki pun berinai. Ramai. Selalu aku jumpa. Jaranglah pergi ke majlis perkahwinan yang lelaki tak pakai inai. Hampir kebanyakkan nya mesti pakai inai. Paling kurang 3 jari. Mungkin trend mungkin bukan. Aku taktahu sebab yang pasti.

Tadi ada member fb share satu benda kat aku. Pasal hukum pakai inai bagi orang lelaki islam. Ble aku baca baru aku tahu. Rupanya haram lelaki berinai. Ceh. Nampak sangat aku tak peka. Selalu tengok benda2 besar sampaikan benda2 kecil tinggal. Padahal dosa2 kecil neh berhimpun menjadi satu sehingga menjadi dosa besar dalam sedar tak sedar.

Konsepnya macam menabung. Sama je. Katakanlah satu hari kita simpan 0.20sen. 30 hari dah jadi berapa? Setahun dah jadi berapa? 10 tahun dah jadi berapa? Sama lah dengan perbuatan dosa kita. Bagi kita ia mungkin kecil. Tetapi kalau berterusan akan jadi bertimbun2 lah dosa kita. Mula buat dosa menipu. Esok wat dosa pakai inai. Lusa wat dosa mencuri. Tulat wat dosa pekena kan org. Akan datang wat dosa len plak. Dikumpul2 masuk buku bank. Kalau dosa lagi banyak dari pahala maka yuran masuk syurga tak cukup. Kena wat kerja tambahan dalam neraka. Hah mampos masa tue.

So benda kecik2 macam neh lhar bagi kita yang tak peduli perlu untuk peduli. Dulu sapa tah kahwin keluar tv siap pasang lagu ala2 gereja.. berselawat plak tue. Tak silap aku selawat tue tak lengkap. Aku pun seriau dengar.. adoiiyaii.. macam2 stail lhar  org sekarang. Kot yer pun moden, biarlah selari dengan tuntutan dan kehendak islam. Bukan tak boleh. Memang boleh tetapi saja je takmo..

Tengok bawah ;



Jawapan dari ustaz zaharuddin.  Petik dari sini.

Memandangkan kita dah tahu ia haram so kena tinggallah. Memanglhar nanti ada lhar myleis2 moden cakap bab inai je kecik je. Bukan kisah lah. Cuba pentingkan hal besar cam bersolat ke, berzakat ke apa ke.. takpe2. Aku faham. Sabar lhar dulu. Benda2 kecik [betul ke kecil] dan mudah macam neh lhar ujian bagi kita beb. Kalau benda kecik [ikut kata myleis moden lhar kan] camneh ko tak mampu bendung dan tarbiah masyarakat nko, toksahlah berangan nak pergi kepada benda yang leh besar beb. Wat malu jek. Heh

Sama cam tudung gak. Kalau sendiri tak bertudung tapi dok bangga kata solat lhar berzakat lhar [agak riak plak tue] tapi still tak pakai tudung pun tak guna gak. Kalau dah faham bersolat mesti faham hukum bertudung. Bukan nak bersyarah ttp nak bagitau je. Orang yang tak bertudung walaupun bersolat kalau tak pakai tudung hukum ttp sama. Bukan ada beza pun.

So dah alang2 bersolat pakailah tudung sekali. Takpe wat sikit2. Janji buat. Kondem jangan. Usaha utk berubah mesti ada dan mesti buat. Jangan dok cakap nak berubah tp tahap masih disitu juga. Sampai mati pun tak kemana2. Heh

Pernah juga aku baca org yang tak bertudung marah ble di tegur. Dasat. Susah nak cakap. Cuba tengok gambar profile mereka. Tak kiralah via belog ataupun fb. Dah lhar tak bertudung siap tayang dada.. entahlah susah aku nak cakap tp terang2 tulis kat status fb saya bersolat walaupun tak bertudung.. apa kes?

Soklannya bukan ko bersolat atau tidak. Soklannya ialah ko tak bertudung. Takde sesiapa pun yang mempertikaikan ko bersolat atau tidak. So kenapa org yang tak bertudung mesti terasa setiapkali nasihat datang kepada mereka, mereka akan cakap ;
walaupun saya tak bertudung ttp saya bersolat takpayah lah nak pandang negatif kat org macam saya

Aku tak faham kenapa dia mesti mengaitkan solat dengan tudung sebab ble org bagi nasihat soh bertudung mereka tak mempersoalkan solat individu terbabit. Yang mereka persoalkan ialah aurat. Itu je.  Kenapa nak sensitif sangat sampai fikir yang bukan2? Biasalah manusia bukan sempurna. Hari neh aku nasihat ko, esok lusa ko nasihat aku. Cam kawan fb aku yang baru je nasihatkan aku pasal inai. Aku terima je walaupun sebelum neh aku siap menginaikan budak lelaki lagi. Kan simple? Kenapa perlu wujud pertentangan?

Umat myleis malaysia neh sebenarnya dah terlalu jauh bergolek2 dengan kehidupan sekularisme. Sehingga kita ubah pemimpin untuk melakukan perubahan drastik, sehinggalah itulah kita kena berdepan dengan mereka. Nak ubah sikit2 bukan tak boleh. Mmg boleh. Itulah yang dibuat selama 54 tahun neh. Tetapi momentun tue tak menyeluruh sebab tak tiba kepada seme penduduk myleis islam di malaysia.

Kalau nak merasai arus perubahan, tukar pemimpin yang boleh menukar corak pentadbiran negara. Kita dah merasai corak sekular. Memang tak best. Sekarang kita nak rasai corak islam. Sapa sokong?

Ameno : Inai kat rambut dalam bentuk product cam ane pula?